biography stuffies friends home entry

  


BASMALLAH < Dgn Nama ALLAH y Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang > slot 1
Jumaat, 14 Disember 2012 | 0 comments


Rasulullah saw bersabda : "Setiap perbuatan yg baik tdk dimulakan dgn Basmallah, maka perbuatan tersebut adalah cacat"

  • Hadis yg dinyatakan oleh Rasulullah di ats, ia memberi pengertian yg amat mendalam. Ia adalah bersangkutan dgn adab seorg hamba dgn ALLAH .
  • Apabila si hamba melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia menyebut بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ini bererti ia tlh menghubungkan pekerjaannya itu dgn ALLAH . Ia sama sekali tdk melupakan Allah dlm apa jua tndakan yg dilaksanakannya . Hamba yg benar-2 merasakan bhw ia adalah seorg hamba yg lemah, akn sntiasa menggantungkan hatinya kpd ALLAH dgn menyerahkan sgl urusan yg dikerjakan itu kpd ALLAH . Perhubungan itu benar-2 dpt dirasai apabila si hamba dpt mengucapkan Basmallah dgn penuh rasa kehambaan, serta difahami bhw ucapan Basmallah yg diucapkan ketika melakukan pekerjaan itu bersambung dgn nama ALLAH yg sgt agung .
  • Yg dimaksudkan dgn cacat di sini ialah terputusnya keberkatan drp ALLAH . Ini bermakna pekerjaan yg dibuat itu tdk ada kena mengena dgn nama ALLAH lalu ALLAH membiarkan urusan tersebut .
  • Pekerjaan yg tdk ada berkat sukar sekali untuk mendapat kejayaan @ sekiranya mendapat kejayaan drp usaha itu, kejayaan itu pula akn menyebabkan ia lalai dgn ALLAH . Hakikatnya, ia tetap gagal krna kedua-dua menyebabkan ia rugi di akhirat . Berkat itu bermaksud tambahan dan erti yg luas menurut tafsir al-Khazin : " Ada kebaikan dr ALLAH pd sesuatu perkara."
  • Kebaikan yg dimaksudkan adalah kebaikan yg mencukupi semua segi . Zahir & batin, dunia & akhirat. Kebaikan drp ALLAH ini dgn sendiri akan terputus apabila hamba ALLAH itu sendiri memutuskannya dgn tdk mengucapkan Basmallah setiap kali melaksanakan apa jua urusan . 


ALLAH berfirman :

"Dan tidak gugur walau sehelai daun pun melainkan semuanya berada di dalam pengetahuan Allah swt."(surah al-An'am: 59)

"Katakanlah, bahawa setiap perkara itu datangnya dari Allah."(surah an-Nisaa': 78)

"Dan Allah-lah menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu lakukan."(surah Ash-Shaffaat: 96)









sumber buku : MEMBINA DIRI DENGAN AL-FATIHAH
penulis : ABU AL FAQAR